04 Julai 2013

Pertandingan Mencipta Logo Kelab Pedata Titiwangsa

Jom Cipta Logo......

Kelab PEDATA Titiwangsa menjemput semua warga kelab untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Kelab PEDATA Titiwangsa. Tujuan pertandingan adalah untuk menghasilkan sebuah logo yang boleh digunakan sebagai imej korporat kelab dan bertujuan untuk mencungkil bakat warga kelab dalam bidang seni reka logo serta menambah pengetahuan warga kelab dalam aspek seni reka logo.

TEKNIKAL SPESIFIKASI LOGO
Rekaan logo hendaklah menarik, mudah dipersembahkan, disertakan dengan definisi (rasional) bagi setiap simbol atau warna yang digunakan secara ringkas dan mestilah menggunakan tidak lebih daripada tiga (3) warna (tidak termasuk hitam dan putih);
Rekaan logo digalakkan menggunakan grafik komputer dan juga disediakan dalam bentuk soft-copy menggunakan format  AI, JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan;
Rekaan logo hendaklah menggunakan saiz kertas A4 (21 cm X 29.7 cm) berwarna putih;
Tulisan boleh  dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah ringkas dan boleh dibaca; dan
Paparan logo yang dihasilkan perlulah jelas dalam semua bentuk bahan cetak dan elektronik.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
Penyertaan adalah PERCUMA dan para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan Nama, No. Kad Pengenalan, Bahagian/Unit, dan pengakuan peserta;
Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Kelab PEDATA Titiwangsa, warga kerja Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands dan keluarga ahli kelab yang berminat dan berdaya kreatif;
Ciptaan hendaklah asli dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak DAN atau pelanggaran terhadap mana-mana Hak cipta dan Patent. Pihak Kelab PEDATA Titiwangsa tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang  tuntutan daripada Pihak Ketiga ke atas  mana-mana pelanggaran hak cipta logo dan patent tersebut;
Tandatangan serta nombor kad pengenalan hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing.  (nama tidak perlu dinyatakan); dan
Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ’HAK CIPTA’ Kelab PEDATA Titiwangsa.

TEMPOH PENYERTAAN
Penyertaan akan dibuka secara rasmi mulai hari 8 Julai 2013 (Isnin) hingga 23 Ogos 2013 (Jumaat) iaitu SEBELUM/PADA JAM 4.30 PETANG. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 23 Ogos 2013 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.


KEPUTUSAN PANEL PENILAI PERTANDINGAN
Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh ahli Panel Penilai dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.  Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk karya sekiranya perlu dan karya yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kelab PEDATA Titiwangsa. Pihak Kelab PEDATA Titiwangsa berhak untuk tidak memulangkan karya yang telah dihantar sebagai penyertaan pertandingan ini;
Panel Penilai juga berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan;
Hanya satu reka bentuk yang terbaik sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini;
Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan; dan
Sebanyak tiga (3) hadiah diberikan kepada pemenang: -
Hadiah tempat pertama : Tiga Ratus Ringgit (RM 300.00) berserta sijil penghargaan;
Hadiah tempat kedua: Satu Ratus Lima Puluh Ringgit (RM150.00) berserta sijil penghargaan;
Hadiah tempat ketiga: Lima Puluh Ringgit (RM50.00) berserta sijil penghargaan;

Bagi penyertaan yang tidak terpilih sebagai pemenang akan menerima sijil penyertaan daripada Urus Setia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan