31 Mac 2014

Malam 1001 Kenangan

Malam 1001 Kenangan merupakan acara kemuncak kepada Hari Keluarga Kelab Pedata. Malam yang bertemakan Arabian Night ini diselitkan dengan pelbagai acara. Antaranya meraikan ahli-ahli yang telah bertukar dan persembahan kumpulan dari 4 buah rumah sukan yang bertanding.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna

Persembahan Kumpulan

Sekitar Majlis


Yang Kami Raikan


27 Mac 2014

Hari Keluarga Kelab Pedata 2014


Akhirnya rancangan Hari Keluarga Kelab Pedata 2014 berjalan dengan jayanya. Kami memulakan perjalanan ke Lumut pada hari Jumaat 21 Mac 2014. Sebelah malamnya hanyalah aktiviti bebas.


Pada 22 Mac 2014, sebelah paginya diadakan sukaneka untuk pelbagai acara dan peringkat usia.

Dimulakan dengan senaman ringan

Diikuti dengan acara kanak-kanak dan dewasa. Selain itu diadakan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Acara kanak-kanak

Acara Dewasa
Sukaneka berakhir pada tengahari. Hanya aktiviti bebas diberikan kepada keluarga selepas makan tengahari. Namun begitu kebanyakan ahli menggunakan masa tersebut untuk membuat persiapan terakhir bagi persembahan makan malam nanti...