31 Disember 2013

Tahun Baru 2014


Hari Semalam Adalah Kenangan
Kenangan Yang Tetapkan Jadi Ingatan
Datang 2014 Tahun Yang Di Nantikan
Selamat Tahun Baru Kami Ucapkan

03 Oktober 2013

Sambutan Hari Lahir Ahli

Beberapa hari yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Lahir ahli yang lahir pada bulan Ogos dan September..




Selamat Hari Lahir di ucapkan kepada ahli yang berkenaan.... Semoga di panjang usia dan di murahkan rezeki untuk dikongsi bersama.. hehe..



17 September 2013

Sekitar Jamuan Raya

Seperti yang dijanjikan inilah gambar-gambar sekitar majlis yang berlangsung. Nama-nama rumah sukan ini sebenarnya di ambil sempena nama-nama di antara beberapa Pos Orang Asli yang ada di daerah Cameron Highlands. Inilah hasil usaha anggota masing-masing untuk menghias gerai masing-masing.

House Of Menson
(Johan) 

House Of Leryar
(Naib Johan)

House Of Sg Ruil
(Ketiga)

House Of Telanok
(Keempat)

12 September 2013

Jamuan Hari Raya @ Syawal 1434H



Sempena jamuan ini juga diadakan pertandingan gerai tercantik di antara 4 buah kumpulan yang diberi nama House of Sg Ruil (Kuning), House of Menson (Hijau), House of Telanok (Kuning) dan House of Leryar (Merah). Nanti kan sambungannya nanti.. Insya Allah.

01 Ogos 2013

Majlis Penyerahan Cenderamata

Pagi tadi telah diadakan Majlis Penyerahan Cenderamata kepada peserta tadarus Al-Quran dan duit raya kepada semua ahli pedata.

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada sebelah paginya sebelum penyerahan berlangsung. Cenderamata disampaikan sendiri oleh Penaung Kelab, Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud manakala penyerahan duit raya di sampaikan oleh Yang Dipertua Kelab, Tuan Ali Sadikin bin Sadin.

Antara ahli yang hadir...

Antara peserta Tadarus Al-Quran..

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli serta keluarga pedata juga kepada semua umat islam.


29 Julai 2013

Majlis Berbuka Puasa

Baru-baru ini telah diadakan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga pedata bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Majlis mula menerima kehadiran tetamu seawal jam 7 petang.

Sebelum itu pada sebelah siangnya diadakan gotong-royong memasak bagi menyediakan juadah berbuka. Majlis mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua ahli pedata.

Terima kasih di atas kerjasama semua pihak.

08 Julai 2013

Jualan Sepanjang Ramadhan

Di atas sambutan yang memberangsangkan  pada tahun lalu Biro Wanita dan Keluarga sekali lagi menganjurkan Jualan Kuih-Muih/Lauk Pauk untuk berbuka puasa sepanjang Ramadhan tahun ini. Gerai jualan akan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Khamis (kecuali hari cuti) bermula jam 4.00 petang hingga 5.30 petang di perkarangan luar ruang legar Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Jualan dibuka kepada semua ahli dan juga kepada pelanggan yang datang berurusan. Walaupun jualan bermula pada waktu bekerja namun ianya tidak mengganggu tugasan harian ahli selaku kakitangan di jabatan ini kerana jadual bertugas telah dibuat dan hanya melibatkan ahli wanita tanpa melibatkan petugas kaunter pada hari tersebut.

Roti John - Antara yang mendapat sambutan hangat setiap hari..
Semoga gerai jualan tahun ini semeriah dan mungkin lebih meriah berbanding tahun lalu.

Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada semua umat islam.

05 Julai 2013

Majlis Tadarrus Al Quran 1434

Sempena kehadiran bulan ramadhan Al-Mubarak ini....


Majlis Tadarus Al Quran akan diadakan pada 1 hingga 24 Ramadhan 1434H bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bermula jam 8.30 pagi.

Semua ahli pedata adalah di jemput untuk sama-sama menyertai majlis ini.


04 Julai 2013

Pertandingan Mencipta Logo Kelab Pedata Titiwangsa

Jom Cipta Logo......

Kelab PEDATA Titiwangsa menjemput semua warga kelab untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Kelab PEDATA Titiwangsa. Tujuan pertandingan adalah untuk menghasilkan sebuah logo yang boleh digunakan sebagai imej korporat kelab dan bertujuan untuk mencungkil bakat warga kelab dalam bidang seni reka logo serta menambah pengetahuan warga kelab dalam aspek seni reka logo.

TEKNIKAL SPESIFIKASI LOGO
Rekaan logo hendaklah menarik, mudah dipersembahkan, disertakan dengan definisi (rasional) bagi setiap simbol atau warna yang digunakan secara ringkas dan mestilah menggunakan tidak lebih daripada tiga (3) warna (tidak termasuk hitam dan putih);
Rekaan logo digalakkan menggunakan grafik komputer dan juga disediakan dalam bentuk soft-copy menggunakan format  AI, JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan;
Rekaan logo hendaklah menggunakan saiz kertas A4 (21 cm X 29.7 cm) berwarna putih;
Tulisan boleh  dimasukkan di dalam logo tetapi ianya hendaklah ringkas dan boleh dibaca; dan
Paparan logo yang dihasilkan perlulah jelas dalam semua bentuk bahan cetak dan elektronik.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
Penyertaan adalah PERCUMA dan para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan Nama, No. Kad Pengenalan, Bahagian/Unit, dan pengakuan peserta;
Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Kelab PEDATA Titiwangsa, warga kerja Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands dan keluarga ahli kelab yang berminat dan berdaya kreatif;
Ciptaan hendaklah asli dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak DAN atau pelanggaran terhadap mana-mana Hak cipta dan Patent. Pihak Kelab PEDATA Titiwangsa tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang  tuntutan daripada Pihak Ketiga ke atas  mana-mana pelanggaran hak cipta logo dan patent tersebut;
Tandatangan serta nombor kad pengenalan hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing.  (nama tidak perlu dinyatakan); dan
Semua hasil ciptaan logo yang diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ’HAK CIPTA’ Kelab PEDATA Titiwangsa.

TEMPOH PENYERTAAN
Penyertaan akan dibuka secara rasmi mulai hari 8 Julai 2013 (Isnin) hingga 23 Ogos 2013 (Jumaat) iaitu SEBELUM/PADA JAM 4.30 PETANG. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 23 Ogos 2013 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.


KEPUTUSAN PANEL PENILAI PERTANDINGAN
Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh ahli Panel Penilai dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.  Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk karya sekiranya perlu dan karya yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kelab PEDATA Titiwangsa. Pihak Kelab PEDATA Titiwangsa berhak untuk tidak memulangkan karya yang telah dihantar sebagai penyertaan pertandingan ini;
Panel Penilai juga berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan;
Hanya satu reka bentuk yang terbaik sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini;
Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan; dan
Sebanyak tiga (3) hadiah diberikan kepada pemenang: -
Hadiah tempat pertama : Tiga Ratus Ringgit (RM 300.00) berserta sijil penghargaan;
Hadiah tempat kedua: Satu Ratus Lima Puluh Ringgit (RM150.00) berserta sijil penghargaan;
Hadiah tempat ketiga: Lima Puluh Ringgit (RM50.00) berserta sijil penghargaan;

Bagi penyertaan yang tidak terpilih sebagai pemenang akan menerima sijil penyertaan daripada Urus Setia.


21 Jun 2013

Seminar Kehidupan dari Perspektif Islam

Majlis ilmu akan diteruskan lagi pada 26 Jun 2013. Kali ini disampaikan oleh Al Fadhil Dr. Haji Mohd Ali bin Sarifan Al-Hafiz. Majlis ini merupakan anjuran bersama dengan Majlis Belia Daerah Cameron Highlands.

 Majlis kali ini juga berbeza dengan ceramah yang pernah diadakan sebelum ini kerana ianya terbuka kepada belia-belia Cameron Highlands dan bukan hanya ahli pedata.

Marilah kita sama-sama menghadiri majlis ilmu ini. Cabutan bertuah juga menanti kehadiran anda.


05 April 2013

Majlis Ilmu

Ceramah Agama Bulanan (April)


Ceramah Agama bertajuk "Langit Tak Selalunya Cerah" akan diadakan pada 11April 2013, bermula jam 8.00 pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Ceramah akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustazah Hajjah Zawiah binti Hassan.

Semua ahli dijemput hadir.

26 Mac 2013

Mesyuarat Agong Kelab Pedata Kali Ke 24

Pada 14 Mac 2013 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agong Kelab Pedata Kali Ke 24. Mesyuarat kali ini diadakan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru.

Jika sebelum ini, jawatan Yang Dipertua Kelab disandang oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, kini jawatan tersebut digalas oleh Tuan Ali Sadikin bin Sadin yang juga merupakan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Ianya merupakan persetujuan daripada mantan Yang Dipertua serta persetujuan sebulat suara oleh semua ahli.

Berikut merupakan jentera pentadbiran baru Kelab Pedata :-

Yang Dipertua            : Ali Sadikin bin Sadikin
Naib Yang Dipertua   : Zai Akmal bin Arawi

Setiausaha                 : Muhammad Taqiuddin bin Azizan
Penolong Setiausaha  : Wan Roslini binti Awang @ Wan Yusoff

Bendahari                  : Khairul Faizal bin Mohd Nawawi
Penolong Bendahari   : Mohd Roy Fazlin bin Abdul Majid

Ahli Jawatankuasa     : Yamin Hafiz bin Yusof (Biro Kebajikan dan Sosial)
                                   Nurulhuda bt Mohamad Yusof (Biro Wanita dan Keluarga)
                                   Mohd Zuki bin Mohamad (Biro Agama)
                                   Abdul Rahim bin Sulaiman (Biro Aset)
                                   Badruldin bin Salleh (Biro Sukan dan Rekreasi)
                                   Farizal bin Sulaiman (Biro Multimedia)

07 Mac 2013

Pertandingan Bowling dan Malam Bingkisan Nostalgia

Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas. Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang diadakan sempena Pertandingan Boling Tertutup Kelab Pedata dan Malam Bingkisan Nostalgia.



Pertandingan Boling ini telah diadakan pada jam 12.45 tengahari pada 19 Januari 2013 di Ampang Superbowl, Ipoh. Tahniah kepada yang menang bagi kategori masing-masing.

Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Malam Bingkisan Nostalgia. Majlis Makan Malam ini juga merupakan majlis perpisahan 6 ahli pedata yang telah bertukar. Senarai ahli-ahli yang bertugas ada dipaparkan  pada video pada entry tersebut.


Terima kasih atas jasa bakti beliau semua kepada kelab. Jasa bakti mereka memang tiada tandingan tambahan ada di kalangan mereka merupakan orang paling lama dalam kelab pedata.



25 Januari 2013

Video Malam Bingkisan Nostalgia

Hari ini, kami ingin kongsikan video "Malam Bingkisan Nostagia" yang telah diadakan pada hari sabtu lepas. Gamba dan berita mengenainya akan di masukkan ke dalam entry yang akan datang kerana gamba-gamba masih dalam proses mengedit.


Video di atas merakamkan pelbagai aksi ahli yang dirai sepanjang bertugas di PDTCH dan menyertai aktiviti kelab.


Video ini pula merakamkan aktiviti PDTCH sepanjang tahun 2012.

Semoga bingkisan nostalgia ini menjadi detik yang diingati sepanjang hayat....


15 Januari 2013

Jom Main Bowling

Sempena majlis makan malam "Malam Bingkisan Nostalgia" yang akan diadakan pada 19 Januari ini, Pertandingan Bowling Tertutup Pedata Titiwangsa  akan diadakan di Ampang Superbowl, Ipoh pada hari yang pada sebelah siangnya.

Semua yang ahli yang telah mendaftar diri bolehlah menyemak jadual serta kumpulan masing-masing di papan kenyataan PDTCH. Semoga kerjasama yang diberikan dapat memeriahkan lagi kedua-dua majlis yang bakal berlangsung. Insya Allah.