10 Oktober 2012

Malam Menggamit Memori


Malam Menggamit Memori ini diadakan sempena persaraan dan pertukaran ahli kelab/pegawai/kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Majlis yang berlangsung di Century Pines Resort, Tanah Rata ini dihadiri oleh ahli bersama keluarga. Majlis turut diselitkan dengan majlis penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012.


Majlis di mulakan dengan ucapan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands merangkap YDP Kelab Pedata, Dato Haji Ahmad bin Haji Daud.

YANG BERSARA.....
Encik Muhammad Alauddin bin Abdullah Hashim
Encik Alauddin di lahirkan pada 18 Julai 1954, mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan pada 02 September 1975. Beliau mula berkhidmat di PDT Cameron Highlands pada 01 Disember 2006 sebagai Ketua Pembantu Tadbir. 

Encik Abu Bakar bin Yet
Encik Bakar di lahirkan pada 10 September 1954, mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan 01 Mac 1977. Telah bertugas di PDT Cameron Highlands pada 01 Mac 1981. Beliau merupakan Pelukis Pelan di PDTCH. Seperti kata beliau, beliau telah menghabiskan separuh usianya di daerah ini. Sememangnya beliau merupakan antara orang yang paling lama di jabatan ini dan cukup berpengalaman dalam bidangnya. Dalam ucapannya beliau turut berkongsi pengalaman bekerja dan juga menceritakan susah payah yang dilalui ketika mula menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Nada ucapannya pada malam itu dapat menggambarkan perasaan beliau untuk meninggalkan jabatan/daerah yang meninggal seribu kenangan untuk beliau. 


YANG BERTUKAR...

Encik Azlan bin Mohd Yaman
Encik Azlan mula bertugas di PDTCH sebagai Penolong Pegawai Daerah (T) pada 25 November 2002. Seterusnya beliau mendapat kenaikan pangkat ke Ketua Penolong Pegawai Daerah dan bertugas di Bahagian Pembangunan Daerah. Kini beliau sekali lagi mendapat kenaikan dan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada 24 September 2012 sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah. Dalam ucapan beliau pada malam tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman sepanjang hampir 10 tahun disini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA YANG DIRAIKAN




SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG...






Bergambar kenangan bersama penerima APC
AKHIR KATA DARI KAMI...

Buah Pauh Delima Batu
Anak Sembilang Ditapak Tangan
Walau Jauh Di Negeri Satu
Hilang Di Mata Di Hati Jangan
~~~~~~~~~~