30 Januari 2012

Majlis Perpisahan

Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran Encik Mohd Afuan bin Amir Noordin telah diadakan pada tengah hari tadi. Encik Afuan merupakan Jurutera Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Beliau akan memulakan tugas baru di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Maran bermula 1 Februari 2012.

Sekitar majlis berlangsung

Majlis dimulakan dengan bacaan doa
Ucapan oleh YDP Kelab Pedata
Ucapan oleh Yang Diraikan
Penyampaian Cenderamata
Jamuan Makan
Terima kasih atas kerjasama dan khidmat yang telah diberikan sepanjang berkhidmat dan menjadi ahli kelab ini. Selamat memulakan tugas di tempat baru.




24 Januari 2012

Pembuka Tirai 2012


 

Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada Mohd Khadri bin Ramli dengan pasangannya Norliyana binti Nordin yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 14 Januari 2012 dan majlis sambut menantu 22 Januari 2012 yang lalu.

Beras kunyit kami ditaburi, air mawar direnjis wangi 
Dulu hanya seorang diri, kini tak keseorangan lagi

Selamat menempuhi alam baru dan kekal hingga ke akhir usia.... Insya Allah.

02 Januari 2012

Selamat Datang 2012

Dengan menyinsingnya fajar baru 2012 maka tertutuplah sudah tirai 2011. Tahun tahun yang berlalu sememangnya banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis, suka dan duka.

Alhamdulillah, pelbagai program yang dirancang kelab sepanjang 2011 dapat di laksanakan. Namun begitu terdapat juga sebahagian program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana pelbagai faktor yang menghalang. Insya Allah, mungkin ianya dapat dibawa untuk tahun ini.

Tahun 2011 juga menyaksikan pertambahan ahli dengan bertambahnya kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Sehingga Disember 2011 Kelab Pedata kini telah pun mempunyai seramai 121 ahli. Semoga pertambahan ini akan memeriahkan lagi kelab ini.

Selamat Datang 2012 dan Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua. Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun yang lepas. Apa yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Insya Allah