17 Disember 2012

Apalah Daya Kami



Nampaknya penutup 2012 ini tidaklah ditutup dengan gemilangnya. Sekadar menduduki tempat ke 3 secara keseluruhan pada kejohanan futsal kali ini tidaklah mematahkan semangat kami untuk terus beraksi merampas kejuaran pada masa akan datang. Tahniah pada yang berjaya. 


12 Disember 2012

Kejohanan Futsal Lelaki Pentadbiran Tanah Pahang Kali Ke 3

Kejohanan Futsal Pentadbiran Tanah Pahang Kali Ke 3 ini akan di anjurkan oleh PETANDA EMAS Raub dan dijadualkan berlangsung pada 15 Disember 2012 di Kompleks Sukan Komuniti Futsal, Felda Tersang 3, Raub bermula jam 8 pagi.

Jika tiada aral melintang, PEDATA Titiwangsa akan menghantar 2 pasukan bagi menyertai kejohanan tersebut. Pada kejohanan kali pertama dulu salah satu team telah menjadi JUARA namun terpaksa akur dengan KESPADA Pekan yang telah menjadi juara pada kejohanan kali kedua.

Mampukah PEDATA Titiwangsa merampas kembali kejuaraan kali ini. Insya Allah. Apa pun kita tunggu saat kejohanan ini berlangsung.


29 November 2012

Ceramah Awal Muharam



CERAMAH AGAMA SEMPENA
AWAL MUHARRAM 1434 HIJRAH

oleh

USTAZ BADLI SHAH ALAUDIN

akan diadakan pada

30 NOVEMBER 2012 ( JUMAAT )
bersamaan
 16 MUHARRAM 1434 HIJRAH

jam 

8.30 PAGI

bertempat di

BILIK GERAKAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH CAMERON HIGHLANDS

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR



10 Oktober 2012

Malam Menggamit Memori


Malam Menggamit Memori ini diadakan sempena persaraan dan pertukaran ahli kelab/pegawai/kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Majlis yang berlangsung di Century Pines Resort, Tanah Rata ini dihadiri oleh ahli bersama keluarga. Majlis turut diselitkan dengan majlis penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012.


Majlis di mulakan dengan ucapan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands merangkap YDP Kelab Pedata, Dato Haji Ahmad bin Haji Daud.

YANG BERSARA.....
Encik Muhammad Alauddin bin Abdullah Hashim
Encik Alauddin di lahirkan pada 18 Julai 1954, mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan pada 02 September 1975. Beliau mula berkhidmat di PDT Cameron Highlands pada 01 Disember 2006 sebagai Ketua Pembantu Tadbir. 

Encik Abu Bakar bin Yet
Encik Bakar di lahirkan pada 10 September 1954, mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan 01 Mac 1977. Telah bertugas di PDT Cameron Highlands pada 01 Mac 1981. Beliau merupakan Pelukis Pelan di PDTCH. Seperti kata beliau, beliau telah menghabiskan separuh usianya di daerah ini. Sememangnya beliau merupakan antara orang yang paling lama di jabatan ini dan cukup berpengalaman dalam bidangnya. Dalam ucapannya beliau turut berkongsi pengalaman bekerja dan juga menceritakan susah payah yang dilalui ketika mula menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Nada ucapannya pada malam itu dapat menggambarkan perasaan beliau untuk meninggalkan jabatan/daerah yang meninggal seribu kenangan untuk beliau. 


YANG BERTUKAR...

Encik Azlan bin Mohd Yaman
Encik Azlan mula bertugas di PDTCH sebagai Penolong Pegawai Daerah (T) pada 25 November 2002. Seterusnya beliau mendapat kenaikan pangkat ke Ketua Penolong Pegawai Daerah dan bertugas di Bahagian Pembangunan Daerah. Kini beliau sekali lagi mendapat kenaikan dan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada 24 September 2012 sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah. Dalam ucapan beliau pada malam tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman sepanjang hampir 10 tahun disini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA YANG DIRAIKAN




SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG...






Bergambar kenangan bersama penerima APC
AKHIR KATA DARI KAMI...

Buah Pauh Delima Batu
Anak Sembilang Ditapak Tangan
Walau Jauh Di Negeri Satu
Hilang Di Mata Di Hati Jangan
~~~~~~~~~~


14 September 2012

Jamuan Raya Aidilfitri 1433H

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pegawai Daerah bersama Kelab Pedata Titiwangsa telah diadakan pada 13 September 2012 di kediaman Rasmi Pegawai Daerah Cameron Highlands.

Majlis diadakan secara sederhana tetapi meriah ini berjalan lancar dengan dihadiri lebih kurang 1000 orang walau diiringi dengan hujan yang turun renyai-renyai. Majlis ini bermula pada jam 2 petang dan berakhir 4.30 petang.








Terima kasih kepada yang hadir dan juga tak lupa untuk semua ahli yang telah bertungkus lumus memasak dan bergotong-royong membuat persiapan bagi menjayakan majlis ini.


31 Ogos 2012

Sambutan Kemerdekaan Ke 55 Peringkat Daerah Cameron Highlands

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55.




Acara perbarisan ini merupakan sambutan peringkat daerah yang diadakan setiap tahun pada 31 Ogos. Sambutan diadakan secara sederhana tetapi meriah..

16 Ogos 2012

Majlis Khatam Al Quran

Tadarus Al Quran yang telah diadakan pada awal ramadhan kini telah sampai ke penghujungnya. Pagi tadi telah diadakan Majlis Khatam Al Quran.




Di akhir majlis semua peserta diberi cenderahati sebagai tanda perhargaan.



Semoga tadarus ini dapat diteruskan untuk ramadhan yang akan datang dan akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dari ramadhan tahun ini. Insya Allah.

15 Ogos 2012

Majlis Penyampaian Duit Raya

Majlis Penyampian Duit Raya telah diadakan pada pagi tadi di Bilik Gerakan, PDTCH. Penyampaian dilakukan sendiri oleh YDP Kelab, Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud.

Sebelum Majlis Penyampaian bermula, semua yang hadir di edarkan Borang Audit Nilai untuk di buat penilaian oleh kakitangan.



 Selain dari penyampaian duit raya, diadakan penyampaian sumbangan kepada ahli yang kematian ahli keluarga, menerima kelahiran cahayamata dan melangsungkan perkahwinan. Disamping itu diadakan juga penyerahan jalur gemilang kepada ketua kontijen perbarisan hari kebangsaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 Peringkat Daerah Cameron Highlands. Majlis turut di selitkan dengan amanat dari Dato' YDP berkenaan sambutan hari raya dan hari kemerdekaan yang akan berlangsung kelak.




Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua umat islam seluruh dunia.

10 Ogos 2012

Ceramah Agama Ramadhan

Begitu cepat masa berlalu. Kini kita sedang melalui 10 Ramadhan terakhir bagi tahun 1433H ini. Biro Agama  kelab terus aktif dengan mengadakan ceramah agama.

Ceramah yang berlangsung pagi tadi bertajuk 'Hijrah Dalam Perkhidmatan Awam' telah disampaikan oleh Ustaz Haji Yob bin Saidin.







Majlis Berbuka Puasa Iftar Ramadhan

Semalam telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Iftar Ramadhan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Gotong royong memasak juadah berbuka telah bermula sejak awal pagi dan berakhir pada petang sebelum berbuka. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar.





Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran ahli dan keluarga masing-masing yang kelihatan memenuhi perkarangan sejak jam 7 petang lagi. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran YDP Kelab Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud dan isteri bersama pegawai-pegawai kanan lain. Selesai berbuka, semua ahli bersama-sama menunaikan solat maghrib.

Majlis berakhir sebaik selesai solat maghrib. Pada sebelah malamnya pula, gotong-royong membersih dan mengemas dijalankan.



Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan berterusan. Insya Allah.


24 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433H

Tiada kata seindah zikir
Tiada bulan seindahnya Ramadhan

Begitulah yang dapat digambarkan betapa kedatangan Ramadhan yang sentiasa dinanti nanti. Sesungguhnya kehadiran Ramadhan ini merupakan satu medan untuk kita semua meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan. Justeru itu, marilah sama-sama berebut peluang dikesempatan Ramadhan untuk tahun ini. 

Sempena Ramadhan ini juga Biro Agama Kelab Pedata mengajak untuk bersama-sama mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini dengan Tadarus Al - Quran


Jika HATI sejernih AIR, Jangan dibiar ia KERUH
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biar ia MENDUNG,
Jika HATI seindah BULAN, Kekalkan ia dengan IMAN.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.


08 Mac 2012

Bukan Rezeki Kami Kali Ini

Kejohanan Futsal Pentadbiran Tanah Pahang kembali lagi. Bagi edisi 2012 kali ini, kejohanan telah berlangsung di SPOB Sports Center Peramu Pekan, Pahang pada 3 March 2012. Kelab PEDATA Titiwangsa telah menghantar 4 pasukan.

Pedata A
Pedata B
Pedata C
Pedata Veteran
Namun begitu nasib tidak menyebelahi kami bagi tahun ini untuk mengekalkan kejuaran. Hanya Pedata Veteran yang berjaya untuk mencuri tempat sebagai naib johan bagi kategori Veteran.

Antara aksi-aksi sepanjang kejohanan berlangsung



 
Walaupun terlepas itu mengekalkan piala pusingan kejohanan, itu tidak melemahkan semangat kami untuk terus berjuang. Insya Allah, kami akan cuba lagi untuk mengembalikan piala tersebut ke daerah ini.

Tahniah di ucapkan kepada KESPADA Pekan yang telah menjadi juara bagi kejohanan kali ini.


17 Februari 2012

Futsal Antara Jabatan Daerah Cameron Highlands

Baru-baru ini telah berlangsung Kejohanan Futsal Antara Jabatan Kerajaan dan Agensi-Agensi Kerajaan 2012 di Gelanggang Futsal Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands.

Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menghantar 1 pasukan menyertai kejohanan tersebut. Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan antara Pejabat ini dengan Majlis Daerah Cameron Highlands.


Kemenangan telah berpihak kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan 2-1. Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Hospital, Dr. Maheshwary Rao a/l Appanan.


Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Semoga ianya menjadi penyuntik semangat untuk menyertai kejohanan sukan di pekan nanti. Insya Allah.