Latar Belakang

Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands atau nama ringkasnya Pedata Titiwangsa ini mula ditubuhkan sejak tahun 1988. Kini kelab ini dikenali sebagai Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands yang mempunyai alamat berdaftar di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands.

Keahlian adalah terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bagi ahli biasa, seumur hidup dan kehormat manakala terbuka kepada individu yang berkhidmat di mana-mana Jabatan Kerajaan atau Agensi-Agensi Kerajaan yang terletak di Cameron Highlands. Setiap ahli kecuali kehormat adalah dikenakan yuran. Semua keahlian adalah tertakluk kepada perlembagaan semasa.

Objektif Kelab ini adalah:-
  1. Berusaha untuk meninggikan mutu dan semangat kesukanan di kalangan ahli-ahli dengan mengadakan latihan, kursus dan kejohanan sukan untuk ahli.
  2. Menggalakkan ahli supaya mempunyai semangat bekerja yang tinggi dan berakhlak mulia, tatatertib dan berdisplin dengan cara mengadakan ceramah berkaitan serta menganjurkan perlawanan persahabatan.
  3. Memberi bantuan kewangan berupa derma kebajikan kepada ahli dan keluarga yang ditimpa kesusahan disebabkan malapetaka.
  4. Menanam dan memupuk semangat permauafakatan, perpaduan, muhibbah, saling hormat menghormati tanpa mengira pangkat dan kaum dengan cara menganjurkan aktiviti gotong-royong, lawatan sosial, ceramah dan perjumpaan.
  5. Menggalakkan ahli meninggikan ilmu pengetahuan dengan cara menganjurkan ceramah, lawatan atau aktiviti berbentuk ilmiah.
 Jentera pentadbiran Kelab ini dianggotai oleh :-
  • Yang Dipertua (disandang Pegawai Daerah secara automatik atas persetujuannya)
  • Naib Yang Di Pertua                  
  • Setiausaha                                  
  • Bendahari                                    
  • 7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa