10 Ogos 2012

Ceramah Agama Ramadhan

Begitu cepat masa berlalu. Kini kita sedang melalui 10 Ramadhan terakhir bagi tahun 1433H ini. Biro Agama  kelab terus aktif dengan mengadakan ceramah agama.

Ceramah yang berlangsung pagi tadi bertajuk 'Hijrah Dalam Perkhidmatan Awam' telah disampaikan oleh Ustaz Haji Yob bin Saidin.







Majlis Berbuka Puasa Iftar Ramadhan

Semalam telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Iftar Ramadhan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Gotong royong memasak juadah berbuka telah bermula sejak awal pagi dan berakhir pada petang sebelum berbuka. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar.





Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran ahli dan keluarga masing-masing yang kelihatan memenuhi perkarangan sejak jam 7 petang lagi. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran YDP Kelab Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud dan isteri bersama pegawai-pegawai kanan lain. Selesai berbuka, semua ahli bersama-sama menunaikan solat maghrib.

Majlis berakhir sebaik selesai solat maghrib. Pada sebelah malamnya pula, gotong-royong membersih dan mengemas dijalankan.



Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan berterusan. Insya Allah.


24 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433H

Tiada kata seindah zikir
Tiada bulan seindahnya Ramadhan

Begitulah yang dapat digambarkan betapa kedatangan Ramadhan yang sentiasa dinanti nanti. Sesungguhnya kehadiran Ramadhan ini merupakan satu medan untuk kita semua meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan. Justeru itu, marilah sama-sama berebut peluang dikesempatan Ramadhan untuk tahun ini. 

Sempena Ramadhan ini juga Biro Agama Kelab Pedata mengajak untuk bersama-sama mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini dengan Tadarus Al - Quran


Jika HATI sejernih AIR, Jangan dibiar ia KERUH
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biar ia MENDUNG,
Jika HATI seindah BULAN, Kekalkan ia dengan IMAN.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.