05 Jun 2019

Salam Aidilfitri Syawal 1440H


Bintang dilangit tak mungkin digapai
Walau dicuba bertahun tahun
Tangan di hulur namun tak sampai
Darilah jauh keampunan di pohon

Bangun berhias di pagi hari
Berhias indah berkurung satin
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf zahir dan batin

30 Mei 2019

Majlis Iftar Ramadhan 1440H

Minggu lepas telah berlangsungnya Majlis Iftar Kelab Pedata Titiwangsa 2019.



Majlis telah diadakan di Hotel Heritage, Tanah Rata.





Terima kasih buat semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga kita dipanjang usia untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Insha Allah.

22 Mei 2019

Pahang Berkabung 40 Hari


Yang Dipertua dan Seluruh Ahli Pedata/Warga Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Atas Kemangkatan Tuanku Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada pagi ini 22 Mei 2019 | 17 Ramadhan 1440H.
Inna Lillah Wainna Ilaihirajiun..
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Semoga roh Almarhum Tuanku Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah di tempatkan bersama para Syuhada’.

17 Mei 2019

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Kalau hati seputih awan, janganlah dibiarkan ia mendung. 
Bila hati seindah bulan, hiasilah ia dengan senyuman.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua umat islam.
Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih kebaikan untuk kita semua. Insha Allah.

16 Mei 2019

Perlawanan Persahabatan Pesaka Baharu Lipis

Pada awal Mei yang lalu, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan bola sepak di antara Kelab Pedata Titiwangsa dengan Pesaka Baharu. 

 
Perlawanan yang memihak kepada tuan rumah ini memberi ruang kepada ramai muka-muka baru dalam Kelab Pedata Titiwangsa untuk menimba pengalaman dan seterusnya berkenalan dengan ahli-ahli/kakitangan jabatan yang lain.

Terima kasih kepada Badan Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis kerana sudi berkunjung ke sini. Semoga berjumpa lagi nanti.

18 September 2018

Perarakan Patriotik PEDATA - BAKA 2018


Pada 14 September yang lalu telah berlangsungnya Perarakan Patriotik yang menggabungkan Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PEDATA) dan juga Kelab Kebajikan dan Sukan Pekerja-Pekerja Majlis Daerah Cameron Highlands (BAKA) sempena memeriahkan program sambutan Hari Malaysia 2018.


 Program yang bertemakan pakaian tradisi malaysia ini dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya perarakan di sekitar Tanah Rata. Turut diselitkan juga sukan tradisional seperti batu seremban, congkak dan sepak raga. 




Selain memperjuangkan permainan tradisional, program ini turut memberi peluang kepada masyarakat khususnya golongan muda mengenali dan merasai keseronokan bermain permainan tradisional. Secara tidak langsung dapat memartabatkan kembali permainan tradisional kepada masyarakat khususnya di Cameron Highlands.












Semoga program ini dapat dijadikan acara tahunan disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua kelab.

16 Februari 2018

Belasungkawa




Kami keluarga besar Kelab Pedata Titiwangsa telah kehilangan seorang ahli, Encik Zakaria bin Yusof yang telah pergi mengadap ilahi pada tanggal 11 Februari 2018 yang lalu. Salam takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Al-Fatihah....

Ya, Allah, tabahkanlah hati mereka yang kehilangan insan yang tersayang.

Sesungguhnya, kehidupan kita di muka bumi ini adalah satu persinggahan dan bekalan kepada kita untuk pergi berhijrah ke alam akhirat kelak.

10 Jun 2016

Ceramah Agama "Marhaban Ya Ramadhan"

Biro Agama Puspanita Cameron Highlands dengan kerjasama Biro Wanita Kelab Pedata Titiwangsa akan mengadakan Ceramah Agama "Marhaban Ya Ramadhan" yang akan disampaikan sendiri oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Cameron Highlands, Tn. Muhammad Yusri bin Aman.


Semua ahli dan keluarga serta yang berada di jabatan berhampiran dijemput hadir,






03 Jun 2016

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Biro Agama, Kelab Pedata Titiwangsa akan mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran sepanjang bulan ini bermula pada 2 Ramadhan 1437H.



Yang berminat adalah dijemput hadir.



15 Mac 2016

Belasungkawa



Kami keluarga besar Kelab Pedata Titiwangsa telah kehilangan seorang ahli, Encik Ahmad bin Bodin yang telah pergi mengadap ilahi pada tanggal 11 Mac 2016 yang lalu. Salam takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

Ya, Allah, kau tabahkanlah hati mereka yang kehilangan.

Sesungguhnya, kehidupan kita di muka bumi ini adalah satu persinggahan dan bekalan kepada kita untuk pergi berhijrah ke alam akhirat kelak.

19 Februari 2016

Majlis Makan Malam dan Amanat YDP

Pada 17 Februari yang lalu telah diadakan majlis makan malam dan penyampaian amanat oleh Yang Dipertua Kelab Pedata Titiwangsa.

Majlis makan malam ini turut diselitkan dengan pelbagai majlis lain antaranya sambutan hari lahir ahli bagi bulan Januari-Mac 2016, penyampaian sumbangan kepada ahli yang kehilangan ahli keluarga, menerima kelahiran cahaya mata dan juga yang baru melangsungkan perkahwinan.

Turut diadakan juga ialah cabutan bertuah.

Program seperti ini sememangnya mendapat tempat dikalangan ahli kerana melalui aktiviti beginilah semua ahli dan keluarga terutamanya anak-anak dapat berkumpul dan bermesra serta lebih mengenali antara satu sama lain.




18 Februari 2016

Demo Masakan : Chicken Chop

Empower ECER Cameron Highlands dengan kerjasama Biro Wanita dan Keluarga Kelab Pedata Titiwangsa telah mengadakan Program Usahawan Gemilang Bersama Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.


Program ini diisi dengan demo masakan chicken chop oleh Chef Zaimah binti Kamaruzaman.












Sambutan yang diterima di kalangan ahli amatlah menggalakkan dan turut dihadiri oleh Dato' YDP bersama Yang Berbahagia Datin.







09 Julai 2015

Demostrasi Membuat Kuih Raya

Telah diadakan demostrasi membuat kuih raya sempena aldilfitri yang bakal menjelang.


Program ini adalah anjuran Empower Cameron Highlands bersama Biro Wanita dan Keluarga dan turut disertai oleh Puspanita Cameron Highlands.



Terima kasih kepada yang terlibat dan semoga dapat diteruskan untuk masa akan datang.

12 Februari 2015

Program Mendaki Gunung Brinchang

Kepada semua ahli Kelab Pedata Titiwangsa yang ingin menyertai Program Mendaki Gunung Brinchang pada 14 Februari 2015. Sehubungan dengan itu perjumpaan bagi persediaan akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 13 Februari 2015 (Jumaat)
Masa : 03.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, PDTCH

Penyertaan dari semua ahli amatlah di harapkan.

12 November 2014

Pemberitahuan: Kembara Gunung Brinchang

Program Kembara Gunung Brinchang yang di jadualkan pada 1 November 2014 yang lalu telah dipinda tarikhnya atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Tarikh baru bagi program tersebut adalah pada 29 November 2014 (Sabtu) dan bagi ahli dan keluarga pedata yang berminat bolehlah mendaftarkan nama kepada Encik Saiful di Unit Pentadbiran pada atau sebelum 14 November 2014 (Jumaat). Penyertaan ini terhad kepada 20 orang peserta terawal sahaja.

Sekian untuk makluman.

29 September 2014

Mencari Rumah Rehat Kelab Pedata

Sebenarnya ramai yang mencari-cari rumah rehat kelab pedata atau rumah rehat Pejabat Daerah Dan Tanah Cameron Highlands. Mungkin ada yang pernah dan berkesempatan menginap di rumah rehat pedata bertahun-tahun yang lalu. Namun sebenarnya sejak admin mula bekerja disini iaitu hampir 12 tahun, rumah rehat tersebut tidak lagi beroperasi. Rumah rehat kelab pedata yang dahulunya dikenali sebagai Annex Bunk pernah menjadi penginapan pilihan untuk rombongan sekolah.

Jadi kini kelab pedata mahupun Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands tidak lagi memiliki rumah rehat untuk disewakan dan bangunan tersebut kini telahpun di sewa kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Pejabat MARA Daerah dan juga orang perseorangan.