Jom Cipta Logo......
Kelab PEDATA Titiwangsa menjemput semua warga kelab
untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Kelab PEDATA Titiwangsa. Tujuan
pertandingan adalah untuk menghasilkan sebuah logo yang boleh digunakan sebagai
imej korporat kelab dan bertujuan untuk mencungkil bakat warga kelab dalam
bidang seni reka logo serta menambah pengetahuan warga kelab dalam aspek seni
reka logo.
TEKNIKAL SPESIFIKASI LOGO
Rekaan logo hendaklah menarik,
mudah dipersembahkan, disertakan dengan definisi (rasional) bagi setiap simbol
atau warna yang digunakan secara ringkas dan mestilah menggunakan tidak
lebih daripada tiga (3) warna (tidak termasuk hitam dan putih);
Rekaan logo digalakkan menggunakan
grafik komputer dan juga disediakan dalam bentuk soft-copy menggunakan
format AI, JPEG, GIF, BMP, PICT atau
melalui lukisan tangan;
Rekaan logo hendaklah menggunakan
saiz kertas A4 (21 cm X 29.7 cm) berwarna putih;
Tulisan boleh dimasukkan di dalam logo tetapi ianya
hendaklah ringkas dan boleh dibaca; dan
Paparan logo yang dihasilkan
perlulah jelas dalam semua bentuk bahan cetak dan elektronik.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
Penyertaan adalah PERCUMA dan para
peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan
hendaklah dinyatakan Nama, No. Kad Pengenalan, Bahagian/Unit, dan pengakuan
peserta;
Penyertaan adalah terbuka kepada
semua ahli Kelab PEDATA Titiwangsa, warga kerja Pejabat Daerah & Tanah
Cameron Highlands dan keluarga ahli kelab yang berminat dan berdaya kreatif;
Ciptaan hendaklah asli dan tidak
mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh
menyinggung mana-mana pihak DAN atau pelanggaran terhadap mana-mana Hak cipta
dan Patent. Pihak Kelab PEDATA Titiwangsa tidak akan bertanggungjawab sekiranya
terdapat sebarang tuntutan daripada
Pihak Ketiga ke atas mana-mana
pelanggaran hak cipta logo dan patent tersebut;
Tandatangan serta nombor kad
pengenalan hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. (nama tidak perlu dinyatakan); dan
Semua hasil ciptaan logo yang
diterima daripada peserta pertandingan adalah menjadi ’HAK CIPTA’ Kelab PEDATA
Titiwangsa.
TEMPOH PENYERTAAN
Penyertaan akan dibuka secara rasmi mulai hari 8 Julai
2013 (Isnin) hingga 23 Ogos 2013 (Jumaat) iaitu SEBELUM/PADA JAM 4.30 PETANG.
Sebarang penyertaan yang diterima selepas 23 Ogos 2013 tidak akan dilayan oleh
pihak Urus Setia.
KEPUTUSAN PANEL PENILAI PERTANDINGAN
Semua penyertaan adalah tertakluk
kepada keputusan MUKTAMAD oleh ahli Panel Penilai dan sebarang surat menyurat
tidak akan dilayan. Panel Penilai berhak
mengubahsuai dan meminda reka bentuk karya sekiranya perlu dan karya yang
terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kelab PEDATA Titiwangsa. Pihak
Kelab PEDATA Titiwangsa berhak untuk tidak memulangkan karya yang telah
dihantar sebagai penyertaan pertandingan ini;
Panel Penilai juga berhak
membatalkan penyertaan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana
syarat yang dinyatakan;
Hanya satu reka bentuk yang terbaik
sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini;
Bukti penghantaran bukan bererti
bukti penerimaan; dan
Sebanyak tiga (3) hadiah diberikan
kepada pemenang: -
Hadiah tempat pertama : Tiga Ratus
Ringgit (RM 300.00) berserta sijil penghargaan;
Hadiah tempat kedua: Satu Ratus Lima
Puluh Ringgit (RM150.00) berserta sijil penghargaan;
Hadiah tempat ketiga: Lima Puluh
Ringgit (RM50.00) berserta sijil penghargaan;
Bagi penyertaan yang tidak terpilih
sebagai pemenang akan menerima sijil penyertaan daripada Urus Setia.