Baru-baru ini telah berlangsung Kejohanan Futsal Antara Jabatan Kerajaan dan Agensi-Agensi Kerajaan 2012 di Gelanggang Futsal Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands.
Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menghantar 1 pasukan menyertai kejohanan tersebut. Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan antara Pejabat ini dengan Majlis Daerah Cameron Highlands.
Kemenangan telah berpihak kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan 2-1. Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Hospital, Dr. Maheshwary Rao a/l Appanan.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Semoga ianya menjadi penyuntik semangat untuk menyertai kejohanan sukan di pekan nanti. Insya Allah.
17 Februari 2012
14 Februari 2012
From Cameron Highlands To Kuala Terengganu
Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada Encik Yamin Hafiz bin Haji Yusof dengan pasangannya Raja Nurul Hidayah binti Raja Yusof. Encik Yamin merupakan Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Khidmat Pengurusan) dan juga merupakan Pengerusi Biro Agama Kelab Pedata.
Majlis Perkahwinan telah diadakan pada 4 Februari 2012 manakala Majlis Kesyukuran yang kami hadiri telah diadakan pada 11 Februari 2012 bersamaan 18 Rabiul Awal 1433 H di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.
Apabila dua hati bertemu, atas satu matlamat kerana Allah, itulah kebahagian dan semoga kebahagiaan itu kekal hingga ke akhir hayat. Insya Allah.
Majlis Perkahwinan telah diadakan pada 4 Februari 2012 manakala Majlis Kesyukuran yang kami hadiri telah diadakan pada 11 Februari 2012 bersamaan 18 Rabiul Awal 1433 H di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.
Bergambar bersama pasangan pengantin di atas pelamin yang indah |
Apabila dua hati bertemu, atas satu matlamat kerana Allah, itulah kebahagian dan semoga kebahagiaan itu kekal hingga ke akhir hayat. Insya Allah.
TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAMI SEMUA
01 Februari 2012
Menjelang Maulidur Rasul
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Bait-bait lagu hijazz ni memang tak jemu di dengar. Tambahan lagi apabila menjelang 12 Rabiul Awal, tarikh bersejarah umat Islam seluruh dunia setiap tahun menyambut hari kelahiran putera terpuji, Muhammad, nama indah milik putera kepada Abdullah dan Aminah. Tujuan perayaan ini bukanlah untuk memuja Rasulullah S.A.W sebaliknya bagi mengingati segala pengorbanan baginda dan yang lebih utama lagi untuk mencontohi akhlak serta segala sunnah yang ditinggalkan kepada kita.
Apa kata kita hayati bersama-sama video yang dikongsi ini. Dipetik dari rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu.
Langgan:
Catatan (Atom)